Ya Allah

“Ya Allah, penuhilah semua permohonanku, mudahkanlah perlaksanaan segala keperluanku. Janganlah Kau tolak memenuhinya sedangkan Engkau telah memberiku jaminan untuk itu. Dan jangan Kau tutup pintu-Mu bagi doaku, sedangkan Engkau telah memerintahkan aku mengetuknya. Dan anugerahilah aku segala sesuatu yang mendatangkan kebaikan bagi dunia dan akhiratku. Dan masukkanlah aku ke dalam golongan yang berbuat kebaikan kerana permohonan yang ku ajukan pada-Mu, dan yang beroleh keberhasilan dengan memintanya dari-Mu, yang mendapatkan kurnia dari-Mu kerana bertawakal kepada-Mu. Dan yang mendapat perlindungan kerana melindungkan diri di bawah naungan-Mu”

Jumaat, 11 November 2011

PESONA WANITA SOLEHAH - SIFAT LEMAH-LEMBUT



Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa yang dikurniakan sifat lemah-lembut nescaya ia akan memperolehi kebaikan dalam semua hal".(Riwayat Muslim)

Huraian:
*Lemah-lembut adalah akhlak yang mulia yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada hambaNYa. Oleh itu orang yang memiliki sifat lemah-lembut adalah orang yang sangat beruntung.

* Orang yang lemah-lembut melambangkan orang yang sentiasa sabar dan tenang (tidak tergesa-gesa). Namun sifat ini perlu diseiringkan dengan ketegasan agar seseorang itu tidak mudah dipermainkan atau diperbodohkan oleh orang lain.

*Melatih diri untuk memiliki sifat yang mulia ini boleh dimulakan dengan menahan diri apabila marah dan mempertimbangkan baik buruknya sesuatu perkara sebelum bertindak.

*Rasulullah SAW adalah contoh orang yang paling lemah-lembut dan paling baik dalam pergaulan. Sesiapa yang melihat baginda dari jauh akan berasa gentar tetapi sesiapa yang bergaul dengan baginda tentu akan menyayangi baginda disebabkan oleh sikap lemah-lembut baginda itu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan